IPOH: Kerja-kerja menaik taraf ikon pelancongan Menara Condong Teluk Intan akan bermula menjelang akhir tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak Loh Sze Yee.
Loh berkata proses menaik taraf bangunan warisan itu meliputi pelbagai proses dan peruntukannya dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
"Kerja-kerja naik taraf akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dibantu beberapa pihak berwajib termasuk Majlis Perbandaran Teluk Intan.
"Skop naik taraf bangunan warisan ini juga akan melibatkan pembaikan struktur kayu bangunan, penyelenggaraan jam dan aksesori berkaitan, pendawaian elektrik dan pencahayaan serta sistem perparitan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Pada 21 Ogos tahun lepas, Yang Dipertua MPTI Zairul Akmal Kasim memaklumkan sebanyak RM4 juta diperuntukkan oleh MOTAC untuk kerja menaik taraf bangunan itu.
Sementara itu, Loh berkata kerja-kerja menaik taraf bangunan ikonik itu juga dijangka mengambil masa selama setahun untuk disiapkan.
"Dalam tempoh itu, ia akan ditutup daripada menerima kunjungan orang ramai. Proses menaik taraf bangunan ini juga memerlukan sedikit masa kerana kajian terperinci perlu dilakukan membabitkan penggantian bahan bersesuaian untuk struktur binaan asal menara itu," katanya.
Dalam perkembangan lain, Loh berkata beberapa lokasi sekitar daerah Kinta dijangka menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan luar negara sempena Tahun Melawat Perak 2024 (TMP 2024).
Beliau optimis sasaran lapan juta pelancong domestik dan 350,000 pelancong asing sempena TMP 2024 berjaya dicapai.
"Saya fikir lokasi seperti gua batu kapur sekitar Ipoh selain bangunan warisan seperti di Taiping dan Teluk Intan juga akan menarik kedatangan pelancong.
"Kita harapkan produk pelancongan yang ditawarkan ini mampu memberi peluang kepada pelancong untuk mengetahui secara lebih dekat mengenai Perak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 05 2024
Proses menaik taraf bangunan warisan itu meliputi pelbagai proses dan peruntukannya dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). - Bernama
Google Wallet henti sokong OS lama, perlu sekurang-kurangnya Android 9
Keperluan sistem operasi minimum ini akan berkuat kuasa mulai 10 Jun 2024.
Dua rakan didakwa edar 21kg heroin
Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di kawasan tempat letak kereta di hadapan bangunan kedai 3 Mei lalu.
“Laporan kasino di Forest City fitnah liar, keterlaluan”- MB Johor
Dakwaan itu ulangi persepsi negatif menggagalkan pembangunan Forest City yang pernah dilakukan pihak tertentu pada 2018, tegas Onn Hafiz.
Belian baharu tingkatkan Bursa Malaysia
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI naik 2.28 mata kepada 1,602.95 daripada 1,600.67 pada Jumaat lepas.
Dua kakitangan KKM cedera, pacuan empat roda terbabas di lebuh raya
Kemalangan berlaku kira-kira satu kilometer daripada lokasi sebuah bas terbabas menyebabkan 41 penumpang dan pemandu cedera, semalam.
Eulogi mendiang Mutang Tagal sentuh jiwa ramai
Ucapan memperingati kebaikan dan keperibadian Mutang yang disampaikan tiga orang anak dan adik mendiang membuatkan ramai yang menitiskan air mata.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.01 pagi, ringgit merosot kepada 4.7420/7465 berbanding dolar AS daripada 4.7385/7410 pada Jumaat lepas.
Kapal perang TCG Kinaliada milik Turki singgah Malaysia
Dalam pelayaran ke Jepun, Malaysia menjadi negara ketujuh yang menjadi persinggahan TCG Kinaliada.
Wanita 'posing cantik' di jalan rosak
Ummu Hani turut menjelaskan bahawa jalan yang rosak itu merupakan jalan penghubung yang sangat penting buat penduduk di kawasan berkenaan.
Bibik 'sakit jantung' tengok bil elektrik melambung
Video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di laman sosial, TikTok milik @Alyaninazirah, telah tular dan menjadi bualan ramai.
Penjaga jam Menara Condong galas amanah pastikan ikon sejarah terus berdenting
Di sebalik dentingan setiap 15 minit jam besar di Menara Condong yang masih berdiri megah di pekan Teluk Intan, ada sosok penting yang memastikan jam itu terus berfungsi.
Lelaki kurang siuman mengamuk dalam Menara Condong Teluk Intan
Seorang lelaki dipercayai kurang siuman melakukan kekacauan dengan bertindak membuang serpihan kayu dari atas Menara Condong Teluk Intan.
Menara Condong Teluk Intan diisytihar Warisan Kebangsaan
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini mengisytiharkan Menara Condong Teluk Intan sebagai Warisan Kebangsaan.